0

Sumpah Iblis Terhadap Wanita




Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?



1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"



2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".



3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).



4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.



5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."



6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.



7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga..

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat dalam hati sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...



Dan tidak ada pertanggungjawaban sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajiban mereka ialah) mengingatkan agar mereka bertakwa. (69.Al An'aam)



Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al-Quran)." Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh ummat. (90.Al An'aam)



Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung.(104.Ali 'Imran )



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi)
0

ILMU vs PEPERIKSAAN



Budaya ilmu VS budaya peperiksaan


Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita. Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.Menurut beliau,

’’ Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan. Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda. Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh gred,markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.

Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan. Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan ‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan,memiliki tabiat membaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.

Realiti Kampus Universiti Masa Kini
Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.. Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpukepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti.

Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa. Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang (Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,’’
Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa .

Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.

Teringat kata-kata seorang sahabat -" kalau tak exam takdelah kita nak baca buku atau mengulang Quran. Exam ni juga sebagai wasilah untuk nk faham ilmu dengan lebih mendalam"
Apa2 pun bergantung kepada niat kita semasa mula-mula kita menjejakkan kaki ke gedung Ilmu Allah..
0

Bagaimana mengasihi saudara seAkidah..?




Allah berfirman dalam surah Al-Hujuraat (10-12)..
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu(yang bertelingkah)itu,dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
"Wahai orang-orang yang beriman,janganlah satu puak(dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,(kerana)mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka,janganlah pula satu-satu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik dari mereka,dan janganlah setengahkamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu memanggil-manggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.amatlah buruknya sebutan nama fasiq(kepada seseorang sesudah dia beriman),sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya)maka merekalah orang-orang yang zalim."
"Wahai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)kerana sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang,dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(jika demikian keadaan mengumpat)maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(oleh itu,patuhilah larangan-larangan yang tersebut) DAN BERTAQWALAH KAMU KEPADA aLLAH,SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENERIMA TAUBAT LAGI MAHA MENGASIHANI"

kesimpulannya..??
anda orang yang beriman dan mempunyai akal untuk berfikir..
0

KULIT BUKU TERBARU TEKNOLOGI PENDIDIKAN

0

Salam Imtihan..


Assalamualaikum Wbt...

Salam Imtihan Bittaufiq wannajah buat semua mahasiswa UKM yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada 25 oktober 2010 ini. Diharapkan dengan dugaan dan cabaran yang melanda kita, akan menjadikan kita lebih kuat. Ujian Allah adalah sebagai kafarah dosa dan itu tandanya Allah masih menyayangi kita sebagai hambaNYA. manfaatkan masa yang masih berbaki ni utk perkara yang lebih penting.

Salam Imtihan jua buat sahabat-sahabat seluruh IPTA/S yang bakal menduduki exam walaupun lambat lagi...


Allahumma Najihna fil imtihan fi deen, fi dunya wal akhirah...
Ameenn....
0

Sakit itu Nikmat dan Kafarah...




“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)
Semua orang pernah sakit. Rasulullah S.A.W sendiri pernah mengalami sakit. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud, bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.
Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang sedang berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah Subhanahu Wa Taala, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”
Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda.

“Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu menghakis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)


Hikmah Sakit

1) Kesempatan untuk berehat.

Kecenderungan manusia saat sihat adalah memperlakukan tubuhnya laksana robot. Ia terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan materi tanpa henti dan tanpa memperhatikan kesehatan diri sendiri. Ia tidak menyedari bahwa otot-otot yang ada dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.

Maka ketika seseorang sakit, ia memperoleh kesempatan untuk beristirahat, sambil melakukan introspeksi dan berpikir untuk memperbaiki pola hidupnya setelah ia sembuh nanti.


2) Sakit merupakan Pendidikan.

Ketika seseorang sakit parah, ia akan memahami betapa mahalnya nilai kesihatan. Ia pun rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi kesembuhan penyakitnya.

Ketika seseorang sakit, ia akan merasakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh nanti, ia akan tahu apa yang harus ia lakukan ketika orang lain yang sakit.

3) Teguran ke atas kesombongan manusia.

Ketika sahat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sebesar apapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari seonggok tulang dan darah yang dibungkus kulit.


4) Kesempatan untuk bertaubat dan menghapuskan dosa.

Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang soleh, orang sejahat apapun ketika sakit parah tak boleh berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu mencaci maki lagi. Yang ada hanyalah penyesalan..

Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadits diterangkan. “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan keruwetan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).


5) Kesempatan untuk memperbaiki hubungan dengan keluarga dan saudara.

Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, sang anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya.






0

10 video : Tugasan Teknologi Pendidikan

1)
video

2)

video

3)

video


4)
video


5)

video




6)
video


7)


video

8)


video

9)




video


10)


video

Kulit Buku Tugasan Tenologi Pendidikan

Dapatkan buku ini di pasaran...!



@



yang manakah menarik hati anda untuk mengenali hati sendiri..??
7

Wanita Berpudah dan Facebook....


Assalamualaikum sahabat-sahabat. Ana menulis lagi selagi mampu jari ini menulis. Tetap
isu yang sama iaitu aurat dan purdah. Isu ni dah lama. Tapi bagi ana ia
akan tetap segar dan subur. Kenapa ye ana berkata demikian? Entri ana
pada kali ini hanya akan berkisar tentang ‘niqabis’ atau orang yang
memakai purdah. Ini bukan kecaman atau cemuhan, Cuma teguran untuk diri
ana yang sering leka dan lalai ini serta kepada para sahabat yang
bergerak bersama-sama ana dalam menegakkan sunnah ni. Insya ALLAH.

Bermulanya di dalam ruangan sosial iaitu facebook, friendster,
myspace, tagged dan macam-macam lagi la. Yang ana nak sentuh kat sini
ialah akhawat yang berniqab ke tak berniqab ke, tak perlulah dok tayang
gambar 'posing maut' antunna tu. Wat malu je la. Ana ada terbaca satu
artikel di blog Ustaz Shamsuddin berkenaan
HAKIKAT KEWUJUDAN FACEBOOK: ANTARA DOSA DAN PAHALA. Ana tak nafikan,
ana juga mempunyai facebook. Dulu ana bukan main lagi, letak je semua
gambar yang ana ada, posing macam-macam. Bila orang puji, wah!! Dia puji
ana, sukanya. Tapi apa erti semua ni? Ana tak salahkan antunna. Mungkin
antunna tak tahu dan ana dulu pun tidak tahu jadi bila ana dah tahu,
ana
nak kongsi dengan antunna. Zauj ana, Ustaz Mohd Al-Hafidz sentiasa
memberi ana galakan, nasihat dan macam-macam lagi pandangan. Lama
kelamaan, ana faham.

Beberapa e-mail ana terima dari sahabat-sahabat ikhwah dan akhawat
yang meminta ana menulis satu artikel berkenaan BERPURDAH TAPI TAYANG
GAMBAR: NAK IKUT SUNNAH ATAU NAK SHOW OFF? Antunna sendiri yang perlu
pilih mana satu kategori antunna. Ini pendapat peribadi ana dan kepada
sesiapa yang terasa hati, ana minta maaf sangat-sangat. Ana kongsi
beberapa email yang ana terima:

Dr Muslimah, saya bukan nak mengumpat. Tapi saya dah tak tahan la. Ada
sorang budak pompuan ni, muka boleh tahan la kot cantiknya sebab dia
pakai purdah, nampak mata dia je galak, cantik pakai celak hitam,
tergugat iman saya. Tapi saya tak suka dengan perangai dia. Macam setan.
Saya cakap macam tu kenapa, macam melampau tak? Pakai purdah tapi dok
bersayang-sayang lagi bila ada orang komen. Tak ke macam menggoda cam
tu? Tak malu ke buat macam tu? Saya yang baca ni malu tau padahal saya
ni lelaki. Rasa murah je bahasa dan maruah pompuan tu. Senang je. Bantu
saya mcamana nak tegur dia. Tq.
Saya memang tak puas hati dengan sorang ni. Dia perasan semua lelaki suka dia. Boleh blah
la.. Nak muntah saya tengok. Da la perasan gadis urban. Bergaya sangat
ke? Tergedik-gedik macam penyanyi omputih? Memang pompuan pakai purdah
ni gedik cam tu ke? Perasan lebih ye?

Ya Allah, malunya ana bila gadis berniqab ni dikatakan gedik. Tapi
ana tak menyangkal itu pun ada dalam masyarakat niqabis kita ni. Perasan
lebih? Boleh jadi juga. Semua macam perasan comel macam kucing, ayu
macam tapir, anggun macam biri-biri mc donald. [dipetik dari blog sorang
sahabat ni]. Tak kisah la kan, kuburkan lain-lain. Siapa cakap tak
kisah? Ana kisah. Semuanya dah besar. Antunna punya dosa ingat mak bapak
ke yang tanggung? Ingat sikit, umur tu dah melayakkan antunna kahwin,
tapi ada yang perasan muda umur bawah 18 tahun. Allah, apa ni?

Sahabat,
Purdah ni pernah menjadi pakaian isteri-isteri nabi dan kita yang
pakai ni sekaligus membawa sunnah nabi. Tapi, sanggupkah sahabat-sahabat
menginjak pakaian isteri nabi-nabi ni dengan tohmahan pada antunna?
Pakaian dari golongan pakaian orang mulia, jadi, perangai pun biarlah
semulia pakaiannya. Ada yang bertanya, "Berniqab tu dapat menjaga
perihal wanita ye?", "Adakah berniqab dapat menjaga diri dari melakukan
perkara-perkara yang tak menyenangkan?", "Dapat menangkis fitnah?"...


Ana sama sekali jauh dari nak menjatuhkan martabat wanita yang
berniqab, malah nak mengingatkan peri pentingnya menjaga hak-hak wanita
sendiri. Kita tengok kat negara Arab, berapa ramai dari mereka, dahlah
pakai niqab, pakai tudung pula separas lurut. Kenapa? Nak menutup semua
anggota badan sehingga tak menampakkan sedikit pun kulit. Ana bukan
suruh antunna pakai sampai paras lutut macam tu pun. Cuma minta jaga
adabnya
je. Kalau adab ana sendiri salah, tegur ana. Di sini ana ingin
menampilkan beberapa komen oleh golongan syabab yang bukan mahram :
berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.berniqab hanya menjaga
mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.berniqab kerana
menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.berniqab
kerana ingin berfesyen.berniqab
tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas seorang wanita, contohnya:
berbual dengan lelaki, melompat ke sana ke mari, mulut dan percakapan
tidak
terbatas, dan sebagainya.berniqab tapi pakaian menjolok mataberniqab
dan menjaga hak wanita dan menjauhi dari fitnah {ini yang dicari}Bagi
ana, mana-mana yang mempunyai perwatakan di atas kecuali yang terakhir
tu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana golongan yang terakhir juga
akan mendapat fitnah dan tidak harus terpalit padanya. Berubahlah demi
menjaga hak masing-masing.

Sekarang
ana nak masuk tentang tajuk ana yang kedua iaitu berpurdah tapi tayang
gambar bahagian show off. Apa tu show off? Maksudnya macam expose
diri. Menonjolkan diri. Antunna ni pakai niqab sebab nak jaga diri dari
difitnah, dari dilihat orang, atas rasa malu dan kecintaan kepada Allah
kan? Tapi kenapa antunna tidak malu untuk menayangkan pada makhlukNya?
Sepatutnya bila malu itu lebih kepada Allah, lantaran dosa dan
sebagainya, antunna akan rasa segan dan malu nak menonjolkan diri
sendiri. Macamana ni? Antara komen yang ana terima bila ana meletakkan
status di facebook ingin menulis artikel ini:

'izzah Islam : rite2..stuju ngn ukhtii...skang ni bg pndgn ana purdah ni mcm 1
fesyen bg sesetengh indivdu..^_^Yesterday at 5:49pm

Aisyah Assafra' : support 100%..skrg kita pn kita blh lihat rmai nisa yg memakai purdah tp upload n edit photo byk2....cntik2..
kdg2 tertanya2 jgk..ni nak show off ker??sje nk sruh org puji
ker??..nauzubillah..kdg2 rasa benci n myampah pn ade..trus trg la
ckp..i'll support u 100%..akak..=)6 hours ago ·


Fatin Nasirah : ya ukhty..bg ana,lbh baik kte smbunyi kn diri kte..smda
dia berniqab atau tdk.sbaiknya bgtu lah.lgpn fitnah plg bsr adalah
fitnah wanita.jaga lah dirimu wahai muslimah..dan empunya diri ini..4
hours ago ·

Alam Tuhan : ramai wanita keliru...fb bukan medan tunjuk..wajah..
apa guna berpurdah...

Nabi mengalak kan bagi orang perempuan berdiam dirumah,
kerana bimbang menimbulkan banyak fitnah dan... See More
gejala sosial yang teruk.

Sekarang ini zaman jahiliah moden..
maaf- bagi pendapat..sahaja..
48 minutes ago ·

Isu
purdah ni memang hangat dibicarakan dahulu dan kini. Isu yang sering
menjadi bualan disebabkan salah guna pemakaiannya. Aik, terlencong
pulak. Sambung semula. Mana tempat yang ana rasa show off tu ye? Jom,
ana terangkan lagi:

1. Mata

Mata dicelak habis-habisan.
Memang la dalam Islam dianjurkan pakai celak tapi berpada-padalah.
Antunna menggetarkan hati-hati lelaki dengan pandangan mata antunna.
Memang cantik bila bercelak. Mata bundar nampak
terserlah bundarnya. Mata sepet, wah, cantiknya bila jadi ala-ala Cina.
Bilamana perempuan berpurdah tapi masih berhias-hias, maka terjadilah
wanita Islam sekarang. Hanya membesarkan riak dan bangga dalam diri.

2. Gaya bergambar

Ukhti, tak salah ukhti bergambar. Bergambarlah sebanyak mana pun. Ana tak marah, tak
cemburu pun. Yang ana geram sikit bila Ukhti bergambar dengan gaya-gaya
yang macam 'mengghairah'kan. Faham ke apa ana maksudkan? Tak usahlah
ukhti. Disebabkan ukhti, orang lain yang berniqab ikhlas terkena
tempiasnya. Tak kesian ke? Lelaki ni memuncak nafsunya bila tengok gaya
meliuk lentok semua ni. Maaf bahasa terkasar sedikit.
Ana tahu ukhti cantik,
ukhti nak pujian. Tapi ukhti, pujian itu ayat syaitan (bagi ana).
Berdosa bila jatuh riak ni dalam hati. Dosa sehari-hari ni tak
tertanggung, nak tanggung dosa riak lagi? MasyaAllah, tak mampu ana ya
ukhti. Bergambar sampai
kamera tu seboleh-boleh macam nak masuk bijik mata. Untuk apa semua ni
ukhti? Tak malu menayangkan aksi-aksi tertentu padahal ukhti berniqab,
di mana kesucian niqab yang ukhti bawa dan agung-agungkan tu?Ukhti
yang berniqab sekalian, kalau da berniqab tu, tak usahlah ukhti upload
gambar yang tak berniqab dalam laman ukhti. Ukhti ni macam
mempersendakan orang lain je. Menutup itu ertinya malu. Bukan buka dan
terus buka lepas tu tutup semula.

3. Fitnah

Ni tergolong dalam show
off juga ke? Bagi ana ye. Menonjolkan fitnah untuk diri sendiri dan
orang lain. Begini, kan ada pendapat yang meletakkan syarat wajib pakai
purdah bila timbul fitnah. Persoalannya: Bagaimanakah dikatakan fitnah
tu? Dr Muhammad Said Hawa meletakkan syarat fitnah itu adalah tidak
dhabit (tetap). Boleh jadi yang memakai itu fitnah seperti yang
ditimbulkan oleh Ustaz Fakhrurrazi (MA Tafsir Univ Of Jordan)."Jika
9 orang tidak memakai purdah dan seorang memakainya menyebabkan semua
lelaki menumpukan kepadanya sehingga menimbulkan fitnah, wajib dia
tanggalkan"
Jelas
kan di sini betapa kita hendaklah menjaga sahabat kita sama dalam
menjalankan sunnah ni. Soal niat, tujuan, terpulang kepada individu,
fiqh tidak menghukum perkara yang tersirat. Cuma sedarlah niqabis ini
diperhatikan. Jika buruk akhlaknya, maka yang mendapat nama adalah
pakaian islam juga.


4. Bahasa

Betul ke ana ni bahasa dalam kategori show off? InsyaALLAH.. bahasa kita melambangkan apa yang
kita bawa dan pegang. Niqabis sekalian, jagalah bahasamu. Jangan
bermanja-manja dalam berbahasa terutama dengan ikhwah. "Enta sayang,
kenapa...", "ala enti sayang..."
Jangan mudah terpujuk
rayu dengan semua ni. kadang-kadang ikhwah tu sengaja je menguji kita.
Best je dia panggil kita sayang. Ingat kita ni ape? Sedarlah bahawa
semua yang kita buat ni berkait rapat antara satu sama lain. Semuanya
menuju kepada FITNAH.bahasa
kita semua diperhatikan. Kita ni nampak solehah, cukup caution dengan
extra face cover. Biarlah bahasa juga sesolehah tuan empunya badan.Zauj ana pernah berkata:
"Abang hairan
dan abang terfikir. Abang lihat sekeliling. Melihat ada akhawat berniqab
dan ada yang tidak. Tapi abang lebih respect kat yang tak pakai niqab
sebab dapat menundukkan pandangan dari melihat mana-mana lelaki yang terserempak dengan mereka. Yang abang hairan, yang berniqab ni,
kebanyakannya semuanya dah terjaga tapi matanya melilau entah ke mana.
Wallahuaklam"

Terkejut
ana dengar macam tu? Sedihnya. Nasib baik zauj ana cakap sesetengah je.
Moga-moga zaujahnya ini mampu menjaga pandangan. Ameen.

Terakhirnya, bila perempuan ni menjaga aurat dari pandangan lelaki
yang bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya seorang
sahaja malah maruah perempuan mukminah seluruhnya. Harga diri perempuan
ni mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badan dari kepala
hingga kaki. Kalau dibuat perbandingan dengan harta dunia seperti emas
permata, intan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan dalam
peti besi yang terkunci siap dengan nombor kod lagi. Itulah umpamanya
perempuan, kerana perempuan bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan
di khalayak umum. Ameen...Wallahua'lam

(Dr Muslimah)

Kiriman rasmi khusus untuk Adam...


Wahai suami..,

Kumulakan tulisan ini dengan rintihan kepada Allah. Mudah-mudahan rintihan ini menjadi rintihan mu juga.Ya Allah… aku yakin apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat kami. Mudah-mudahan keluh-kesah, resah-gelisah kami menerima ketentuan-Mu ini, Kau ampuni dan dikira sebagai bukti lemahnya kami sebagai hamba-Mu yang berdosa. Semoga kesedihan dan kebimbangan kami dalam waktu-waktu tertentu dalam menempuh ujian ini dinilai sebagai langkah menuju-Mu di jalan mujahadah.Kami lemah ya Allah… namun Kami tetap yakin Kau menguji kami ini dengan maksud baik. Kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuan kami menanggungnya. Kami berdoa ya Allah… ujian ini menjadi tebusan pada dosa-dosa kami yang lalu, kini dan akan datang. Sesungguhnya kami ini hamba ya Allah… ujian inilah yang menusuk ke hati lalu mengetuk pintu rasa yang selama ini sudah semakin alpa bahawa kami ini hakikatnya hanyalah seorang hamba yang hina.

Syukur ya Allah … kerana Kau anugerahkan rasa yang termahal ini di celah-celah kepahitan dan penderitaan. Jika tidak kerana ini, kami akan terus lalai, terbuai-buai dan akhirnya mati tanpa merasai hakikat cinta-Mu yang sebenar. Cebisan cinta suci dan sejati ini mudah-mudahan akan hidup subur dan mampu menghidupkan hati kami yang semakin mati.

Suamiku..,
Suratmu telah kubaca. Terima kasih sayang. Membacanya seperti membaca hatiku. Aku tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menulis, siapa lagi yang sebenarnya membaca… kerana suratmu adalah suara hatiku… suara hati kita bersama! Aku cuba tenang di sini kerana aku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Perpisahan sementara ini sesungguhnya mendekatkan hati dan menyuburkan cinta kita. Kita akan semakin rapat oleh perpisahan ini… insya Allah. Yakinlah kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan lebih manis. Perpisahan sementara ini adalah harga kepada saat yang pasti tiba itu, insya Allah.

Aku pergi menuju Allah… memperbaharui langkahku, menguatkan jiwakku untuk memburu kecintaan-Nya… dan dengan itu aku akan mencintaimu dan anak-anak dengan cinta yang lebih suci. Kau ikutlah disisiku sayang… di jalan baru yang belum tentu berapa pula likunya. “Maniskanlah malam-malammu dengan solat dan munajat. Dan sibukkanlah siangmu dengan penuh tanggung jawab dan bersemangat.

Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya dengan bersungguh-sungguh. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan berbagai alasan dan kemalasan. Aku gembira dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya sakit dan ubatnya pahit.”Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu:

“Ya Allah…
Ampunilah dosa-dosa suamiku sepertimana aku telah redha dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin dan berharap terhadap-Mu. "Ya Rahim..Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanyadengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”

“Ya Rabbi…

Lembutkan hati suamiku agar mudah dia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu.

Sayang,
Hikmah ujian yang menimpa kita terlalu banyak. Ia ubat dan baja rumah tangga yang telah kita bina sekian lama. Cinta kita sesungguhnya tidak pernah berubah… tetapi ia perlu kemanisan dan hiasan baru supaya serinya bertambah.Cinta kita kuat getarannya, namun kurang matang. Kita terlalu menurutkan perasaan. Baik aku mahupun kau kekadang tersasar kerana “terlalu” cinta. “Terlalu” menjerumuskan kita ke jurang “melulu”. Bila melulu kita akan lepas dari kendali cinta sejati – Allah!

Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun ada juga yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta telah terputus dari cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta dengan cinta-cinta yang lain. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada yang begini… pertemuan pun masih perpisahan. Tapi bila cinta itu diikat oleh cinta Allah, maka perpisahan pun bererti pertemuan.

Allah telah selamatkan kita dari perpisahan kerana terlalu cinta. Dan perpisahan itu tak akan boleh kita cari-cari atau rancang-rancang kecuali dengan satu peristiwa yang kita tidak sangka. Itulah rahmatnya perpisahan yang tidak diminta dan dijangka ini pada cinta dan perkahwinan kita. Ia menguatkan kembali ikatan perkahwinan kita.

Yang lebih penting lagi ujian ini sebagai satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita supaya bergantung dengan Allah semata-mata. Jangan kita bergantung dengan selain Allah. Makhluk yang terikat dengan kita atas nama – suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan musnah jua. Musnah sementara dan akan musnah abadi. Tegasnya, perpisahan ini adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan suami, isteri, ibu, bapa, anak-anak dan sanak-saudara. Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila.

Ketika itu jika hati kita tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat untuk meneruskan hidup dan paling khuatir terhakis atau tercabutnya iman



Di daerah ini kendali diri mesti kuat. Bila lalai sahaja dari mengingati Allah, deraan perasaan akan segera datang. Maka ketika itu terkial-kiallah kembali hati ini mencari kekuatannya… iman. Prasangka, bimbang yang bukan-bukan mesti dilontar jauh-jauh. Tawakal mesti dibina. Berserah dan pasrah sudah wajib, mainan “kalau”, “jika”, “nanti” mesti dihentikan. Alhamdulillah… Allah setakat ini telah mentakdirkan banyak perkara positif sedangkan sebelumnya aku diserang oleh prasangka yang negatif.

Yang dirindu,

Aku berdoa dan berharap kau begitu jua. Jangan dilayan rasa dan sangka yang bukan-bukan. Banyak tugas dan tanggungjawabmu yang sedia ada dan bertambah lagi. Jaga kesihatan hati dan badanmu. Masa keemasan ini ini gunakanlah untuk memperkemaskan diri. Samada hubungan kita dengan Allah dan dengan manusia.

Orang yang “duji” mudah melakukan perubahan. Tidak boleh sekali-kali digugat kekesalan dan penyesalan masa lampau. Nanti akan timbullah “kalau tak begini dulu… tak lah begini, kalau, kalau, kalau…. Ini akan menyebabkan kita putus asa dan lemah menghadapi hidup. Apa yang penting, katakan, ini realiti, ini takdir, yang sudah ditentukan sejak azali.

Sama seperti pertemuan kita, perkahwinan kita, kelahiran anak-anak kita, percintaan kita, kasih sayang kita… dan lain-lain. Cuma bezanya, yang baik-baik dan manis-manis… mudah kita terima. Yang buruk-buruk dan pahit-pahit… susah kita terima. Sedangkan ilmu di sisi Allah kita tidak tahu, mana hakikatnya yang manis, mana yang pahit, mana yang buruk, mana yang baik? Bukankah di sisi Allah ada yang lebih tersirat?

Bertemu tak jemu. Berpisah tak gelisah. Jangan bersedih… berani dan tabahlah demi cinta Allah!

12

GGGE 1253-Isu teknologi Pendidikan di kalangan guru Pendidikan Islam


Assalamualaikum WBT..
Dalam usaha melahirkan guru Pendidikan Islam yang mahir menggunakan komputer dan internet, latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para guru. Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan, seharusnya penglibatan para guru di awal-awal perlu diketengahkan. Para guru perlu diberi latihan, kursus, malumat dan pengetahuan yang seiring dengan perkembangan teknologi khususnya dalam internet dan ICT. Pelbagai program latihan dilaksanakan bagi menggalakkan guru mempertingkatkan
profesionalisme mereka secara berterusan khususnya di dalam mengatasi penggunaan internet.


sila kemukan 5 saranan lain bagi meningkatkan tahap kecekapan guru PIPAQ dan PIBA dalam mengendalikan P&P menggunakan ict.
sila tulis nama anda beserta no matrik..


Terima Kasih..


P/S : untuk komen sila klik kotak hijau di sebelah kiri atas posting ini ;


sekian, terima kasih...selamat mencari malam yang penuh barakah,Lailatul Qadar!


Di manakah semangat Badar Kubra...?

Menjadi tradisi kita di Malaysia untuk meyambut hari Nuzul Quran pada 17 ramadhan. walaubagaimanapun sekiranya kita mengkaji tentang tarikh sebenar penurunan Al-Quran maka kita akan ketahui 17 ramadhan bukanlah tarikh yang tepat mengenai peristiwa bersejarah tersebut.

mungkin ramai juga yang terlupa bahawa pada tarikh yang sama satu lagi peristiwa besar telah berlaku dalam sejarah Islam. Tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah, peristiwa yang dinukilkan dalam Al-Qur’an sebagai Yaumul-Furqan (Hari Pemisahan di Antara Hak dan Batil) telah berlaku; peristiwa penting yang menjadi penentu kepada tertegaknya atau jatuhnya Islam; peristiwa yang menentukan sama ada yang hak atau yang batil yang akan selamanya menang; itulah peristiwa yang kita kenali sebagai peperangan Badar Al-Kubra!

Peristiwa Badar Al-Kubra, yang merupakan peperangan pertama bagi umat Islam, adalah satu peristiwa yang cukup penting kerana peristiwa tersebut menjadi penentu sama ada yang hak akan berada di atas kebatilan atau yang batil akan berada di atas yang hak. Apatah lagi, tentera Islam yang seramai 313 orang itu semuanya merupakan ‘orang-orang kuat’ Islam yang seandainya terkorban, pasti perkembangan Islam itu sendiri akan mati. Malah, peristiwa ini juga boleh menjadi kayu ukur, adakah kekentalan iman Islam akan menang atau puak musyrik akan mudah meleburkan tentera Islam. Atas sebab itulah, Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah S.W.T. sebelum bermulanya peperangan, yang menggambarkan betapa penting dan besarnya perang Badar Al-Kubra tersebut;

Baginda Rasulullah s.a.w. berdoa: “Wahai Allah, kalau (pasukan Muslimin) ini sampai binasa hari ini, Engkau tidak akan disembah lagi (oleh manusia). Wahai Allah, jika Engkau menghendaki, Engkau tidak disembah lagi selepas ini.”

Dalam peristiwa inilah kita menyaksikan bagaimana Allah S.W.T. membuktikan janji akan pertolongan-Nya kepada orang-orang yang beriman dan berjihad di jalan-Nya. Dalam peristiwa ini jugalah kita menyaksikan bagaimana kesatuan dan kesepaduan umat Islam itu teruji dan terbukti. Strategi peperangan yang terhasil daripada musyawarah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menjadi hujah betapa pentingnya musyawarah dalam membuat keputusan penting dalam sesebuah organisasi atau jemaah. Malah, dalam peristiwa ini jugalah terbukti keimanan para sahabat yang telah menyatakan iltizam mereka untuk bersama-sama dengan Rasulullah, walaupun menyedari bahaya yang menanti di hadapan. Namun, dek kekentalan iman dan keyakinan yang menebal akan janji Allah S.W.T. dan Rasul-Nya, maka mereka terus mara di medan perjuangan.

Perhatikan ucapan Sa’ad ibn Muaz, mewakili golongan Ansar yang merupakan golongan terbanyak dalam barisan tentera Badar tersebut, yang menyatakan tekad mereka sekaligus menghilangkan kegusaran dan menghadirkan kegembiraan di hati Rasulullah s.a.w.: “Kami telah beriman kepadamu, dan kami bersaksi bahawa apa yang engkau bawa adalah benar. Atas dasar itu, kami telah menyatakan janji untuk sentiasa bersama, taat dan setia kepadamu. Wahai Rasulullah! Laksanakanlah apa yang engkau kehendaki, kami tetap bersamamu. Demi Allah! Seandainya engkau menghadapi lautan dan engkau terjun ke dalamnya, kami pasti akan terjun bersamamu juga. Tidak ada seorang pun di antara kami yang mundur dan kami tidak akan bersedih jika engkau menghadapkan kami dengan musuh esok hari. Kami akan tabah menghadapi peperangan dan tidak akan melarikan diri. Semoga Allah akan memperlihatkan kepadamu apa yang sangat engkau inginkan daripada kami. Marilah kita berangkat dengan kemuliaan Ilahi.”

Akhirnya dengan bantuan tentera daripada para Malaikat yang diutuskan oleh Allah S.W.T., tentera Islam yang hanya seramai 313 orang itu berjaya menumpaskan tentera Musyrik yang diketuai oleh Abu Jahal. Oleh sebab besarnya peranan dan nilai kemenangan tentera Islam dalam peperangan Badar Al-Kubra ini, para tentera Badar adalah merupakan mereka yang dikurniakan kemuliaan.

Refresh..??



Assalamualaikum dan salam ramadhan kareem....

Hampir setahun meninggalkan penulisan blog ini terasa janggal untuk mencoret kembali. kekangan masa dan halangan2 tertentu menyebabkan medium ini sunyi tanpa khabar. walaubagaimanapun syukran pada yang sudi membantu untuk menyegarkan kembali blog ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...