GGGE 1253-Isu teknologi Pendidikan di kalangan guru Pendidikan Islam


Assalamualaikum WBT..
Dalam usaha melahirkan guru Pendidikan Islam yang mahir menggunakan komputer dan internet, latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para guru. Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan, seharusnya penglibatan para guru di awal-awal perlu diketengahkan. Para guru perlu diberi latihan, kursus, malumat dan pengetahuan yang seiring dengan perkembangan teknologi khususnya dalam internet dan ICT. Pelbagai program latihan dilaksanakan bagi menggalakkan guru mempertingkatkan
profesionalisme mereka secara berterusan khususnya di dalam mengatasi penggunaan internet.


sila kemukan 5 saranan lain bagi meningkatkan tahap kecekapan guru PIPAQ dan PIBA dalam mengendalikan P&P menggunakan ict.
sila tulis nama anda beserta no matrik..


Terima Kasih..


P/S : untuk komen sila klik kotak hijau di sebelah kiri atas posting ini ;


sekian, terima kasih...selamat mencari malam yang penuh barakah,Lailatul Qadar!


12 comments:

SYAZA MOHD SABRI berkata...

5 saranan lain bagi meningkatkan tahap kecekapan guru PIPAQ dan PIBA dalam mengendalikan P&P menggunakan ict:

1. mengikuti kursus dalam bidang ict supaya lebih mahir

2. rajin bertanya guru komputer yang ada di sekolah kerana mereka selalunya akan membantu

3. perlu selalu mengeksplore laman-laman web berkaitan agama dan dengan mengeksplore, seseorang itu akan menjadi lebih cekap

4. menggunakan segala bahan yang disediakan oleh pihak sekolah seperti makmal komputer kerana apabila diguna,lama kelamaan akan menjadi mahir

5. saling berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mengenai ict dengan pelajar walaupun guru tersebut mengajar agama kerana ict penting dalam semua subjek

SYAZA MOHD SABRI
A127226

raudhatul sakinah berkata...

assalamualaikum...
saya noraini binti abdul aziz (A129690)

5 saranan aini untuk menjadikan guru2 pendidikan Islam mahir dalam ICT ialah:
!) menghasdiri kursus2 atau bengkel ICT
2) lebih banyak explore di rumah apabila mempunyai waktu lapang
3) pihak pentadbiran sekolah perlu mempercayai guru2 pendidikan Islam dalam mengendalikan pelajarnya di LAB.
4) sentiasa mengambil berat akan peredaran dan kemajuan teknologi sekarang agar tidak ketinggalan.
5) berusaha dan cuba membuang perasaan bahawa ICT tidak penting..
itu saja dr aini..
wallahu a'lam
selamat hari raya maaf zahir batin:-)

FARHI PAUZI berkata...

Assalamualaikum...bayu Ramadhan semakin meninggalkan kita..moga berkesempatan untuk bertemunya lagi di thn hdpn..Insyaallah..(lari tajuk ckit) ^_^

Sila kemukakan 5 saranan lain bagi meningkatkan tahap kecekapan guru PIPAQ dan PIBA dalam mengendalikan P&P menggunakan ict:

1)Melatih guru2 permulaan agar mahir menggunakan ICT sejak dari awal.

2)Menghantar guru2 P.Islam ini untuk mengikuti kursus2 berkaitan ICT.

3)Mewujudkan kump perbincangan antara guru bagi menambah pengetahuan masing2 dalam bidang ICT.

4)Menjadikan ICT sebagai salah satu medium penting dalam proses P nP.

5)Mengubah 'mind set'para guru, bahawa ICT merupakan BBM yg mudah dan berkesan kepada pelajar.

FARHANI BT AHMAD PAUZI -A127247

nur_iman berkata...

salam ramadhan karim...

5 saranan bagi meningkatkan tahap kecekapan guru PIPAQ dan PIBA dalam mengendalikan P&P menggunakan ict:
1-bagi seorang guru perlu memerlukan pemikiran kreatif dalam menjana sesuatu idea.
2- guru boleh hadir ke bengkel-bengkel yang berkaitan dengan ICT.
3- perkongsian idea dengan guru-guru lain.
4-melalui pembacaan bahan ilmiah yang berfokuskan ICT @ teknik Penggunaan ICT yang lebih berkesan.
5- guru perlu sentiasa menggunakan Media Pengajaran @ ICT sebagai BBM agar tidak lupa.

sekian

wassalam.

NORASHIBAH BT IBRAHIM (A129710)

Ketulusan Hati berkata...

salam..
Antara saranan yang boleh dilakukan oleh guru-guru PIPAQ/PIBA untuk meningkatkan kecekapan adalah:

1.perlu menghadiri kusus yang berkaitan teknologi supaya lebih mahir.

2.guru jangan malu untuk bertanya sekiranya tidak tahu.

3.Selalu menggunakan pencarian maklumat tentang topik yang hendak diajar supaya lebih mahir.

4.Menjadikan ICT sebagai salah satu cara penyampaian P&P yang berkesan untuk proses pengajaran.

5.Berkongsi maklumat dan beri tunjuk ajar kepada rakan sekerja tentang bagaimana hendak memanfaatkan ICT untuk digunakan sebagai bahan BBM

sekian..
NUR SYAZWANI BINTI SHAMSUDIN (A128079)

jayyidah89 berkata...

Assalamualaikum w.b.t.
antara 5 saranan tersebut ialah :

1. memberi latihan kepada guru-guru PIPAQ & PIBA tentang cara menggunakan teknologi dalam P & P dengan berkesan.

2. guru-guru ini juga perlu diberi kursus yang bersesuaian untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam penggunaan teknologi.

3. selain itu, mereka juga boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang teknologi dengan meneroka internet.

4. mereka juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dari guru-guru sains dan matematik.

5. pihak sekolah juga perlu menggalakkan para guru untuk menggunakan teknologi dalam p& p.

WAN NURUL JAYYIDAH BINTI SULAIMAN
A126879

Atika Aula (^_____^) berkata...

Salam..

5 saranan bagi meningkatkan tahap kecekapan guru PI dalam mengendalikan P&P menggunakan ICT ialah;

1. Memeberi pendedahan kepada guru-guru dengan mengadakan kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau KPM.

2. Guru-guru perlu menghadiri bengkel sebulan sekali atau secara berterusan.

3. Guru juga perlu rajin mencuba sendiri perisian yang terdapat di dalam komputer dan internet untuk meningkatkan kemahiran.

4. Perlu rajin bertanya kepada pakar.

5. Inisiatif masing-masing supaya menghadiri kelas komputer.

Wassalam...

Nurul Atika Bt Ahmadiah
A126813

khairiah berkata...

Assalamualaikum...
bagi pendapat saya,cara2 untuk meningkatkan lagi kemahiran menggunakan ict dalam proses p&p d kalangan guru PIBA ialah..

1)mengikuti kursus komputer
2)banyak bertanya dan mencuba membuat sesuatu yg baru tentang ICt bg meningkatkan kemahiran n menambahkan pengetahuan
3)sedar akan tanggungjawabnya dalam memcari sesuatu yang berlainan untuk menggalakkan pelajar2nya belajar secara seronok n berkesan
4)cuba mencipta sesuatu mengikut kreativiti disamping menggunakan bahan grafik yg sedia ade d dalam site
5)guru juga perlu menhadiri bengkel yang di anjurkan oleh mne2 pihak yg berkaitan agar dapat mengetahui proses p&P yg lebih berkesan mengikut edaran semasa dengan menggunakan kemudahan ICT ini.

KHAIRIAH BT MOHD NOR A129707

Tuan Siti berkata...

Assalamualaikum..
antara saranan saya untuk meningkatkan tahap professional seorang guru adalah
1.para guru mestilah mengikuti bengkel kemahiran ict supaya boleh diterapkan dalam p&p
2.pihak sekolah juga seharusnya menyediakan lebih banyak komputer
3.gur perlulah meneroka internet untuk mengetahui lebih banyak isu
4.cuba menggunakan perisian yang ada supaya p&p lebih berkesan
5.pihak sekolah perlu memberi peluang kepada setiap guru terutama bagi guru PIBA/PIPAQ menggunakan teknologi dalam p&p
sekian,
tuan siti nooryani bt tuan fauzi (A129699)

ateh @ apiz berkata...

Assalamualaikum……
5 saranan meningkatkan kamahiran teknologi guru :
1) Tidak segan bertanya sesuatu yang tidak diketahui pada individu yang lebih arif dalam bidang teknologi.
2) Berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain.
3) Rajin mencuba jaya kemahiran baru.
4) Mempraktikkan kemahiran yang telah dipelajari/ diketahui
5) Meningkatkan bahan bacaan mengenai kemahiran teknologi.

Sekian….

Mohd Hafiz Bin Husin (A124287)

P/S : sila follow blog saya dan berikan komen anda di sana. (www.atehapiz.blogspot.com)

NORULAZMALINI BINTI MOHAMOOD berkata...

Assalamualaikum w.b.t...

5 saranan saya bagi meningkatkan tahap kecekapan guru PIPAQ dan PIBA dalam mengendalikan kursus P&P menggunakan ICT adalah:

1.guru perlu rajin dan peka terhadap sebarang kursus,bengkel atau seminar yang diadakan sama ada oleh pihak sekolah atau KPM untuk memahirkan mereka dalam penggunaan ICT setanding dengan guru-guru dalam bidang lain.

2.pihak sekolah perlulah memberi peluang kepada guru PI dalam mengendalikan P&P mereka dengan menggunakan ICT.

3.guru perlu mempunyai inisiatif untuk menggunakan ICT kerana sekiranya mereka menghadiri kursus atau sebagainya,jika mereka tidak menggunakan kemahiran yang telah mereka pelajari,maka usaha ini adalah sia-sia.(maksudnya,guru perlu sedar tentang penggunaan ICT dalam p&p).

4.guru perlu rajin bertanya dengan guru lain yang mahir dalam bidang ICT.

5.guru perlu rajin dan peka dengan perkembangan terbaru dalam bidang ICT iaitu dengan sentiasa menjelajah dalam internet.

sekian...

NORULAZMALINI BINTI MOHAMOOD (A129665)

fitrah90 berkata...

5 saranan saya bagi meningkatkan kecekapan guru salam mengendalikan P&P menggunakan ict ialah :
1. Guru perlu peka akan kecanggihan teknologi pada masa kini agar tidak ketingggalan.
2. Guru perlu mengubah persepsinya terhadap ict sendiri, yakni ict memudahkan bukan memayahkan.
3. guru perlulah menghadiri sebarang kursus, seminar, ceramah mengenai kemajuan ict yang semakin pantas
4. guru perlulah rajin mengexplore untuk meningkatka pengetahuannya mengeni ict.
5. guru perlulah mengaplikasikan teknologi semasa dalam proses P&P, seperti menggunakan video, power point sebagainya.

















7

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...