0

ILMU vs PEPERIKSAAN



Budaya ilmu VS budaya peperiksaan


Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita. Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.Menurut beliau,

’’ Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan. Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda. Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh gred,markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.

Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan. Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan ‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan,memiliki tabiat membaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.

Realiti Kampus Universiti Masa Kini
Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.. Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpukepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti.

Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa. Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang (Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,’’
Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa .

Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.

Teringat kata-kata seorang sahabat -" kalau tak exam takdelah kita nak baca buku atau mengulang Quran. Exam ni juga sebagai wasilah untuk nk faham ilmu dengan lebih mendalam"
Apa2 pun bergantung kepada niat kita semasa mula-mula kita menjejakkan kaki ke gedung Ilmu Allah..
0

Bagaimana mengasihi saudara seAkidah..?




Allah berfirman dalam surah Al-Hujuraat (10-12)..
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu(yang bertelingkah)itu,dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
"Wahai orang-orang yang beriman,janganlah satu puak(dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,(kerana)mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka,janganlah pula satu-satu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik dari mereka,dan janganlah setengahkamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu memanggil-manggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.amatlah buruknya sebutan nama fasiq(kepada seseorang sesudah dia beriman),sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya)maka merekalah orang-orang yang zalim."
"Wahai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)kerana sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang,dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(jika demikian keadaan mengumpat)maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(oleh itu,patuhilah larangan-larangan yang tersebut) DAN BERTAQWALAH KAMU KEPADA aLLAH,SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENERIMA TAUBAT LAGI MAHA MENGASIHANI"

kesimpulannya..??
anda orang yang beriman dan mempunyai akal untuk berfikir..
0

KULIT BUKU TERBARU TEKNOLOGI PENDIDIKAN

0

Salam Imtihan..


Assalamualaikum Wbt...

Salam Imtihan Bittaufiq wannajah buat semua mahasiswa UKM yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada 25 oktober 2010 ini. Diharapkan dengan dugaan dan cabaran yang melanda kita, akan menjadikan kita lebih kuat. Ujian Allah adalah sebagai kafarah dosa dan itu tandanya Allah masih menyayangi kita sebagai hambaNYA. manfaatkan masa yang masih berbaki ni utk perkara yang lebih penting.

Salam Imtihan jua buat sahabat-sahabat seluruh IPTA/S yang bakal menduduki exam walaupun lambat lagi...


Allahumma Najihna fil imtihan fi deen, fi dunya wal akhirah...
Ameenn....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...