REFLEKSI SPSS

Assalamualaikum Wbt..
Adakah anda pernah mencuba perisian spss?
Spss ialah perisian untuk kita membuat borang kaji selidik dengan lebih mudah dan pantas.
Sekiranya belum, saya akan tunjukkan caranya.
1) Turn on komputer anda dan klik pada program spss.




2) Seterusnya, anda boleh mengisi maklumat pada variable view. Seperti maklumat tahun,semester, jantina dan soalan-soalan kaji selidik.



3) Seterusnya untuk kotak decimals, pastikan kesemuanya diisi dengan angka "0"




4) Untuk kotak values, klik pada hujung kotak dan isi maklumat yang ingin selidik. contohnya perbezaan lelaki dan wanita. untuk lelaki isikan no 1 pada values dan taip perkataan lelaki>add. ulang langkah tersebut kepada jantina perempuan tetapi dengan menggunkan values 2.


5) Untuk kotak Missing, klik pada hujung kotak>klik pada create missing values>masukkan nombor 0 pada kotak kosong.ulang langkah seterusnya pada kotak-kotak dibawahnya.




6. Seterusnya untuk kotak measure, anda perlu memilih kategori berdasarkan soalan kaji selidik yang anda masukkan. contonyahnya, untuk perbezaan jantina pilih nominal, ordinal untuk umur dan scale untuk soalan-soalan.


7. Seterusnya, anda boleh mengisi maklumat borang kaji selidik. klik pada data view pada nota kaki dan masukkan maklumat anda.
8. selepas selesai mengisi, klik pada analyze pada menu bar dan> discriptis statistic>frequencies


9. pindahkan semua maklumat ke kotak sebelah dan klik dan klik pada statistic>



10. tick pada minimun dan maksimun>klik continue




11. seterusnya klik pada chart dan pilih pie chart>klik continue



12. Akhirnya, klik pada format> dan klik ok
Anda akan mendapat malumat kaji selidik anda yang menarik dengan cara yang mudah..


SELAMAT MENCUBA!

REFLEKSI BOOKLET

Assalamualaikum Wbt..

Adakah anda pernah membuat booklet menggunakan microsft word?
kalau sebelum ini kita menggunakan publisher, pada kali ini saya kan menunujukkan cara membuat booklet menggunakan microft word.

1. Turn on komputer anda dan klik pada menu. pilih microft word.




2. klik page layout pada menu bar dan pilih margin>custom margin.



3. lihat pada pages dan pilih jenis muka surat. klik pada jenis-jenis mukasurat dan pilih bookfold.>klik ok.



4. Seterusnya, anda boleh menaip segala maklumat dan boleh memasukkan gambar. dengan cara klik pada insert>pictures>klik pada gambar dan >insert.




5. Untuk ke muka surat seterusnya, tekan enter sehingga muncul mukasurat baru.ulang langkah tersebut hingga muka surat terakhir.
6. untuk penyusunan mukasurat, anda perlu menyusun dengan cara yang betul untuk memudahkan anda mencetak.

* Untuk mencetak, anda perlu menterbalik kertas dengan menggunakn kertas yang sama pada bahagian kosong. berhati-hati semasa mencetak kerana sekiranya kita silap menyusun maka akan berlaku kesilapan sewaktu mencetak.

Selamat mencuba!

REFLEKSI MEMBUAT BROCHURES

Assalamualaikum Wbt..


Kali ini saya akan menunujukkan cara untuk membuat brochures dengan menggunakan microsoft word.

1. Langkah pertama sila turn on komputer anda dan pilih microsoft word 2007.



2. Klik pada page layout pada menu bar dan klik pada margin dan pilih custom margin.





3. Seterusnya, pilih bentuk muka surat iaitu klik pada landscape dan klik ok.





4. Langkah seterusnya, pilih colum yang ingin anda tulis dalam satu mukasurat. Untuk Brochures, pilih saiz colum "Three".



5. Anda boleh terus menaip dan memasukkan gambar dan tekan enter untuk ke colum kedua dan ketiga.


6. Untuk memasukkan gambar, klik insert pada menu bar dan pilih pictures. pilih gambar yang anda berminat, klik pada gambar dan klik insert.


7. Untuk mencetak brochures, selepas selesai memprint muka depan, terbalikkan kertas menggunakan bahagian kosong di belakang dengan menggunakan kertas yang sama.


Selamat Mencuba..

REFLEKSI MEMBUAT MICROSOFT EXCESS

Assalamualaikum wbt..

Pada catatan lepas, saya telah menunujukkan cara untuk membina blog, yahoo group dan beberapa microsft. Dan kali ini, mari sama-sama kita cuba membuat microsoft excess 2007 yang saya kira antara silibus yang paling mencabar kali ini...

1. Turn onn komputer anda dan klik pada start di bawah..
2. seterusnya klik pada microsoft excess 2007.


3. Seterusnya klik pada blank database



4. Taipkan nama folder yang ingin anda simpan dan klik create




5. Isikan maklumat yang ingin diisi pada jadual database, klik pada kotak database dan klik kanan. pilih rename colum dan isikan maklumat seperti data peribadi, peperiksaan dan kokurikulum. Anda juga boleh terus mengisi item-item dalam table tersebut seperti nama, markah peperiksaan dan sukan-sukan.


6. Selepas selesai mengisi maklumat, klik pada datasheet pada menu bar dan klik pada relationship



7. Seterusnya, klik pada item-item table yang kita taip tadi satu persatu dan klik pada add



8. Selepas selesai ketiga-tiga item, bawa tetikus pada id peribadi klik kanan dan jgn lepaskan. terus bawa ke kotak id kedua( peperiksaan) dan klik create. anda kan mendapati ada garisan yang akan menyambung antara kotak-kotak tersebut. ulang langkah tersebut untuk kotak ke-2 dan ke-3.


9. Seterusnya anda boleh mengisi segala maklumat yang ingin diisi dengan cara cepat iaitu dengan menggunakan borang. klik pada create pada menu bar dan klik pada more form dan pilih form wizard.


10. Seterusnya, klik pada item peribadi, peperiksaan, dan kokurikulum satu persatu dan pindahkan ke kotak sebelah denan klik pada tanda >. untuk peribadi pindahkan semua, tetapi untuk peperiksaan dan kokurikulum pindahkan semua kecuali ID dan klik next.




11. Klik pada columbar dan klik next.






12. Seterusnya pilih jenis grafik yang nada berminat pada borang dan klik next.





13. Seterusnya, taip perkataan borang pada kotak yang disediakan dan klik finish




14. Selepas membuat borang, anda boleh mengisi segala maklumat dengan cara mudah dan pantas



15. Selepas selesai memasukkan maklumat, anda boleh mebuat query. iaitu contohnya untuk mengetahui gaji bapa pelajar dengan lebih mudah.sila klik pada create di menu bar, pilih query wizard dan klik next.



16. Seterusnya isikan maklumat sebagai gaji query dan klik next.




17. Pindahkan maklumat peribadi pelajar atau apa yang kita mahu cntohnya untuk gaji. pindahkan id, nama pelajar dan gaji bapa. klik next dan ikt arahan. akhirnya klik finish.



18. Selepas selsai mendapatkan maklumat gaji pelajar, anda boleh mendapatkan laporan gaji bapa pelajar atau laporan markah pelajar mengikut skema yang ditetapkan. contohnya anda ingin mendapatkan laporan gaji bapa pelajar yang bawah daripada rm 500. Klik pada create pada menu bar> report wizard>pindahkan malumat yang ingin anda buat laporan contohnya,id, nama dan gaji bapa. seterusnya klik next.


19. Seterusnya, taip ID pada kotak kosong yang pertama dan klik next





20. Langkah seterusnya, klik pada tabular, Landscape dan klik next.








21. Seterusnya pilih grafik menarik yang anda minati >klik next> taipkan laporan yang anda ingini contohnya gaji bawah rm500 dan klik finish.








* Contoh borang maklumat yang telah lengkap diisi.




* Contoh Query yang telah siap.





*contoh Laporan gaji yang telah siap




P/S: Microsoft ini amat sensitif pada setiap penggunaan huruf. Sebarang kesilapan akan menyebabkan ia tidak dapat mengesan maklumat. Sila buat dengan teliti..

Selamat mencuba!!

Refleksi Microsoft Excell


Ahlan Wasahlan....
mcm ne dengan pesta ibadah anda sepanjang ramadhan yang sedang berlangsung??
same2 kte koreksi diri masing2..
Adakah anda pernah menggunakan microsoft excel?
sekiranya anda seorang guru, anda wajib menggunakan program ini untuk merekodkan markah murid-murid bukan?

bagi yang tidak pernah menggunakan, jom kita cuba!

1. langkah pertama hidupkan komputer anda dan pilih menu utama. klik pada menu utama dan klik pada All program

2. Seterusnya, pilih microsoft office dan klik. anda akan jumpa senarai-senarai microsoft office. dan anda perlu klik pada microsoft excel 2007


3. Langkah seterusnya, anda boleh memasukkan maklumat menggunanakan fungsi-fungsi yang disediakan. Contohnya sekiranya ingin mengira jumlah keseluruhan, anda klik pada kotak jumlah akhir dan pilih menu format pada menu bar. Seterusnya klik pada autusom dan tarik garisan kotak itu sehingga semua jumlah matapelajaran dipaparkan secara automatik.





4. seterusnya, jika anda telah memasukkan markah pelajar, anda boleh mendapatkan gred mereka dengan pantas dengan cara mengisi ketegori A-E beserta markah dan klik pada formulas di menu bar dan klik pada define name. Sila isi maklumat nama(gred) dan klik Ok.




5. seterusnya untuk mendapatkan gred dengan pantas, klik pada formula dan klik pada (fx)insert function, pilih menu vlookup dan isi maklumat. Pada kotak pertama sila klik pada jumlah matapelajaran yang pertama.kotak kedua sila taipkan GRED, kotak ketiga taipkan 2 dan kotak terakhir taipkan TRUE dan klik ok.



* untuk makluman: sekiranya ingin mendapatkan keseluruhan gred sila klik pada kotak pertama gred. Kemudian pastikan mouse ana berada dihujng kotak dan tarik ke bawah.

6. seterusnya, jika ingin mendapatkan keseluruhan bilangan gred, sila taipkan bil gerd yang anda inginkan contohnya Bil A, Bil B, Bil c dan klik pada formulas Insert function dan pilih menu countif. Isi maklumat tersebut iaitu pada kotak pertama klik pada pada tempat bil A dan kotak kedua iskan "A". Ulangi langkah tersebut pada bil lain.


P/S : sila klik pada kotak excel dahulu sebelum membuat tugasan anda. Selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...