Refleksi Microsoft Excell


Ahlan Wasahlan....
mcm ne dengan pesta ibadah anda sepanjang ramadhan yang sedang berlangsung??
same2 kte koreksi diri masing2..
Adakah anda pernah menggunakan microsoft excel?
sekiranya anda seorang guru, anda wajib menggunakan program ini untuk merekodkan markah murid-murid bukan?

bagi yang tidak pernah menggunakan, jom kita cuba!

1. langkah pertama hidupkan komputer anda dan pilih menu utama. klik pada menu utama dan klik pada All program

2. Seterusnya, pilih microsoft office dan klik. anda akan jumpa senarai-senarai microsoft office. dan anda perlu klik pada microsoft excel 2007


3. Langkah seterusnya, anda boleh memasukkan maklumat menggunanakan fungsi-fungsi yang disediakan. Contohnya sekiranya ingin mengira jumlah keseluruhan, anda klik pada kotak jumlah akhir dan pilih menu format pada menu bar. Seterusnya klik pada autusom dan tarik garisan kotak itu sehingga semua jumlah matapelajaran dipaparkan secara automatik.





4. seterusnya, jika anda telah memasukkan markah pelajar, anda boleh mendapatkan gred mereka dengan pantas dengan cara mengisi ketegori A-E beserta markah dan klik pada formulas di menu bar dan klik pada define name. Sila isi maklumat nama(gred) dan klik Ok.




5. seterusnya untuk mendapatkan gred dengan pantas, klik pada formula dan klik pada (fx)insert function, pilih menu vlookup dan isi maklumat. Pada kotak pertama sila klik pada jumlah matapelajaran yang pertama.kotak kedua sila taipkan GRED, kotak ketiga taipkan 2 dan kotak terakhir taipkan TRUE dan klik ok.



* untuk makluman: sekiranya ingin mendapatkan keseluruhan gred sila klik pada kotak pertama gred. Kemudian pastikan mouse ana berada dihujng kotak dan tarik ke bawah.

6. seterusnya, jika ingin mendapatkan keseluruhan bilangan gred, sila taipkan bil gerd yang anda inginkan contohnya Bil A, Bil B, Bil c dan klik pada formulas Insert function dan pilih menu countif. Isi maklumat tersebut iaitu pada kotak pertama klik pada pada tempat bil A dan kotak kedua iskan "A". Ulangi langkah tersebut pada bil lain.


P/S : sila klik pada kotak excel dahulu sebelum membuat tugasan anda. Selamat mencuba!!

Ahlan wasahlan RAMADHAN KAREEM...!!!




Ramadhan datang lagi.. dan sebagai hambaNya aku teramat bersyukur aku masih dipanjangkan umur untuk sampai ke Ramadhan kali ni...cuma, Ramadhan kali ini berbeza sedikit berbanding biah di DQ.. Kalau dahulu aku tgh disibukkan dgn Imtihan dan program2 Ihya' Ramadhan serta pesta ibadah, namun kali ini aku disibukkan dengan kehambatan masa, assigment dan sebagainya dan kadang kala aku terfikir bagaimanakah natijahnya Ramadhan aku kali ini... 1 Ramadhan,.. sebak..Namun, pengorbanan ini yang aku harus bayar untuk kebahagiaan masa depan..


Ya Allah...
aku datang kepadamu menyerah diri,
andai taubat itu dihujung dunia, Kau titiskanlah ia..
andai dihujung langit kau sisipkanlah dipangkal bumi..
tiupkanlah ke dalam naluriku,
agar tangan ini terus menadah Maghfirah dan RahmahMu...
ku harap Ramadhan kali ini tidak roboh lagi janjiku padaMu...
jadikanlah Ramadhan ini terbaik untukku dan seluruh HambaMu....
Salam Ramadhan kareem
"Ramadhan yang sama, Natijah yang berbeza"

Langkah-langkah membuat power point

Adakah anda pernah membuat power point??
pasti pernah bukan?.. tp di sini saya ingin menunjukkan cara membuat power point secara lebih menarik dengan pautan dan sebagainya..
ingin mencuba? jom ikut langkah di bawah.
1. Apabila komputer anda sudah dihidupkan, sila pergi pada menu utama





2. pilih microsoft office dan klik pada microsoft power point 2007





3. seterusnya,lihat pada menu bar di atas dan klik view>Slide Master dan klik pada slide yang ingin anda gunakan.




4. Seterusnya Klik pada close slide master dan anda boleh menggunakan slide yang sama dengan cara yang mudah dan pantas.












Anda boleh meneruskan dengan memasukkan segala maklumat yang ingin anda tulis.





4. Langkah seterusnya sekiranya ingin membuat pautan, sila masukkan pautan tersebut pada muka surat seterusnya dan sila boldkan pada perkataan tersebut. Pilih menu insert pada menu bar dan klik pada hyperlink yang bertanda glob






contohnya:





5. Langkah seterusnya, lihat pada tepi kiri dan klik pada Place in this document. seterusnya lihat pad tengah dan pilih muka surat yang ingin dipautkan dan klik ok











6. Setelah siap semua slide yang ingin dipaparkan, sila susun slide yang sudah dipautkan diakhir sekali dan pilih menu slide show pada menu bar dan pilih set up slide show. seterusnya sila masukkan nombor slide asal hingga akhir slide asal tidak termasuk slide pautan dan klik OK.








7. Akhirnya anda boleh memaparkan slide anda!!! selamat mencuba.

Refleksi langkah membuat blog.

Langkah-langkah untuk membuat Blog.


1. Pergi ke laman web Gmail di http://www.gmail%20.com/


2. Langkah kedua, sila ihat pada nota kaki di bawah dan klik pada Gmail Blog





3. Langkah seterusnya, lihat pada atas kanan dan klik pada create blog






4. Langkah seterusnya, buat akaun google iaitu dengan mengisi semua maklumat yang diminta dan klik pada continue






5. Seterusnya sila isi malumat yang diminta untuk menamakan blog dan klik pada seterusnya.





6. Pilih templat untuk blog anda dan klik seterusnya





7. Blog anda telah dibuat dan anda boleh memuat turun apa sahaja maklumat ke dalam blog ana untuk dipaparkan.






8. Sekiranya anda ingin mengedit atau menambah bahan-bahan, anda boleh menekan pada catatan baru atau pada customize yang terletak pada atas bahagian kanan.







* untuk menambah hasil tulisan, klik pada catatan baru dan anda boleh memasukkan maklumat. anda boleh memasukkan gambar dan sebagainya dengan menggunakan fungsinya. Sekiranya ingin memaparkan, klik pada terbitkan catatan.





* Sekiranya ingin menambah hiasan atau sebarang gambar, sila klik pada customize dan pilih add gadjet. sila pilih menu-menu menarik disitu




* dan sekiranya ingin membuat pembetulan dalam hasil tulisan anda, klik pada catatan baru dan klik pada edit catatan. seterusnya sila klik pada bahagian yang ingin anda edit dan terbitkan blog anda.


* Sekiranya ingin melihat blog yang siap diedit klik pada lihat blog.
Selamat mencuba!!!

Langka-langkah untuk membuat Yahoo Group

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT YAHOO GROUP



1. Sebelum membuat Yahoo Group, pastikan email anda dalam keadaan aktif




2. Pergi ke laman yahoo dan klik pada Group







3. lihat pada easy as 1,2,3 dan klik pada "start your group"






4. langkah seterusnya sila isi alamat email anda dan juga kata laluan anda dan sign in




5. langkah seterusnya, lihat pada browse your group categories dan klik pada scholl and education






6. Lagkah seterusnya, pilih group categories dan klik pada "classmate"






7. seterusnya klik pada "place my group here"





9. Sila isi maklumat yang diminta dan klik pada continue






10. Seterusnya ana akan dapat mengaktifkan group anda dan menjemput rakan-rakan anda untuk menyertai Group anda. Sign in yahoo group dan klik pada nama anda




11. seterusnya lihat pada tepi kiri dan klik pada invite








12. Seterusnya masukkan alamat email rakan-rakan anda yang ingin anda jemput untuk menyertai group anda dan klik submite invite.







13. Langkah seterusnya klik pada invite people.





14. Akhirnya anda akan mendapat rakan baru sebagai rakan maya anda melalui yahoo group ini.
Selamat mencuba!
Alhamdulillah...
setelah kesekian kalinye percubaan demi percubaan...
dapat juga mempublishkan blog ni.
bukan tak pernah mencuba, setiap kali tgh create, ada sja hlagn..
thanks andak yang mengajar melalui maya, namun blog tu tak dapat dipublish ats mslh teknikal. Kbtln ni dalam kelas kompter dalam penddkan yang menjadi subjek wajib fakulti..nk tak nak, mmg kne bt gak..bnyk btl passwod yng perlu diingat sejak aku di ukm ni..n kdg2 email tak dpt dibuka kerana terlupa Passwod!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...